Friday, April 24

Resepi Muffin Red Velvet. Guna Cuka & Minyak Jagung.

Salam ...

Resepi muffin red velvet untuk 6 cup sederhana. Resepi asal dari Resepi Asas Muffin / Cupcakes, Klik Sini.

Lambat snap gambar, bila menyejuk ianya sedikit kecut :p 

Bahan-Bahan;

- 11/2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Biji Telur (Gred A)
3/4 Cawan Susu
- 1/2 Cawan Minyak Jagung
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
- 2 Sudu Teh Cuka
- 1 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Serbuk Koko
- Sedikit Pewarna Merah

Cara-Cara;

1. Masukkan sesudu cuka kedalam susu dan biarkan selama 5 minit hingga jadi pekat.
2. Pukul minyak jagung / minyak masak bersama telur sehingga kembang.
3. Masukkan gula kastor, serbuk koko, pewarna merah dan esen vanilla, pukul sebati.
4. Masukkan susu dan tepung bergilir-gilir, pukul lagi dan lagi.
5. Campur satu sudu cuka dengan baking powder, gaul hingga berbuih.
6. Cepat-cepat masukkan buih baking powder kedalam aduanan dan gaul sebati.
7. Terus masukkan dalam acuan, 3/4 cup atau sampai penuh.
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-25 minit.


Ni la rupanya adunan sebelum dibakar.

Kalau ada cream cheese boleh la letak di atasnya, bertambah sodap ;)

Actually BW tambah pewarna sebab nak snap gambar, nak bagi nampak red la kan bila share resepi. Kalau boleh tak perlu letak pewarna, tak bagus untuk kesihatan, makan sendiri je kot ;)

Klik Sini untuk tips tambahan baking muffin / cupcakes.

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
4. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. hello, nak tanya, susu tu, susu pekat ke susu biasa yang kita minum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello ... boleh juga kalau nak guna susu pekat, tapi kena kurangkan kandungan gula ... biasanya saya guna sama ada susu cair tin, susu segar atau susu tepung yang dibancuh :)

      Delete
  2. kalau nak kukus sahaja boleh ke? berapa lama mengambil masa? thankyou :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak kukus anggaran dalam 30 minit ke 1 jam bergantung kepada api yang digunakan. kalau buka api slow, kukus lama, kalau buka api kuat, kukus sekejap.

      kalau nak kukus kena guna cup untuk cupcake yang keras tu. cup muffin yang lembut macam dalam gambar ta sesuai untuk muffin kukus

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...