Friday, May 1

Resepi Mudah & Simple Roti Telur Bakar Ketam

Salam ...

Resepi mudah dan simple untuk hari cuti. Roti telur bakar ketam. Ketam la sangat. Padahal guna crab ball aje ;)

 Yummylicious roti telur bakar ketam ;)~

Bahan-Bahan;

- 6 Keping Roti
- 2 Biji Telur
- 6 Sudu Besar Susu
- 1/2 Biji Bawang Holand
- 6 Biji Crab Ball
- Garam Secukup Rasa
- Sedikit Mix Herbs (Optional)
- Sos Cili
- Mayonnaise

 Roti dipotong tepinya, dan diletak dalam loyang macam ni.

Cara-Cara ;

1. Roti dipotong tepinya dan dilettakkan kedalam loyang muffin.
2. Tepi roti dipotong dadu dan dilettakkan dalam mangkuk besar.
3. Telur dipukul dan dimasukkan susu, pukul lagi sehingga sebati.
4. Bawang holand dan crab ball dipotong menjadi dadu.
5. Masukkan telur, bawang dan crab ball kedalam mangkuk roti dadu.
6. Masukkan garam dan mix herbs, kacau sehingga sebati.
7. Tuang adunan kedalam loyang berisi roti tadi.
8. Letakkan sos cili, mayo dan hirisan crab ball di atas atasnya.
9. bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 10 minit.

 Tuang adunan dalam roti macam ni kay.

 Picit sos cili dan mayo serta letakkan hirisan crab bll diatasnya.

Tips Tambahan;

1. Crab ball boleh digantikan dengan crab stick, hirisan ayam, nugget atau sosej.
2. Kalau tak ada susu boleh digantikan dengan air kosong.
3. Kalau ada cheese, boleh taburkan atas sekali. Lagi ummph :)

Beginilah rupanya bila siap dibakar. Roti rangup diluar dan lemak telur didalam :)


Boleh juga ditambah mayo dan mix vege macam ni :)

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
3. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
4. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. simple!pernah nmpk resepi style ni kt internet..tpi tak pernak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang simple sangat. potong-potong gaul bakar. boleh jadikan bekal anak :)

      Delete
  2. Salam,

    Simple dan sedap... Filling boleh letak macam2 even letak sardin pun best jugak kannn..

    Thanks for sharing.. Boleh cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... betul tu, macam-macam boleh. Kalau letak sardin kena masak seround dulu kot, nanti hanyir pula :)

      Delete
  3. macam senang je nak buat nie..

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. nampk memikat tekak. hehe. ada masa nk try buat

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...