Friday, July 31

Resepi Mudah Pulut Dan Kuah Serawa Durian

Salam ...

Musim durian dah tiba. Ramai peniaga yang jual durian kampung dengan harga murah. So, apa lagi, jom buat pulut dan kuah serawa durian :)
pulut kuah serawa durian sedap
Resepi Dan Cara Masak Pulut Durian Dan Kuah Serawa Durian Sedap Best Pekat
Pulut dan kuah serawa durian, sedap dimakan ketika sejuk :)~
pulut kuah serawa durian sedap
Resepi pulut dan kuah serawan durian dibawah ni untuk dimakan oleh 3-4 orang sahaja. Kalau nak jamu tetamu, kenalah gandakan. Guna apa jenis durian pun boleh,  macam BW guna durian kampung. Kaliau budget lebih, musang king lagi sedap kot ;)
pulut kuah serawa durian sedap
Bahan-Bahan (Kuah);
pulut kuah serawa durian sedap
- 7 Ulas Durian
- 2 Cawan Santan (Pekat)
- 1 Cawan Air
- 5 Sudu Besar Gula (Membukit)
- 1 Sudu Tepung Beras (Rata)
-  Daun Pandan (Diikat)
pulut kuah serawa durian sedap
Resepi Dan Cara Masak Pulut Durian Dan Kuah Serawa Durian Sedap Best Pekat
Masak kuah serawa durian sehingga jadi pekat macam ni.
pulut kuah serawa durian sedap
Cara-Cara (Kuah);
pulut kuah serawa durian sedap
1. Tepung beras dibancuh dengan air dan dimasuk dalam kuali.
2. Masukkan durian, gula dan daun pandan.
3. Buka api sederhana dan sentiasa kacau kuah.
4. Bila dah mendidih dan sedikit pekat, masukkan santan.
5. Perlahankan api, dan masak sehingga mendidih dan kuah jadi pekat.
6. Pastikan sentiasa dikacau, supaya santan tidak pecah.
pulut kuah serawa durian sedap
Resepi Dan Cara Masak Pulut Durian Dan Kuah Serawa Durian Sedap Best Pekat
Jemut makan semua ;)~
pulut kuah serawa durian sedap
Bahan-Bahan (Pulut);
pulut kuah serawa durian sedap
- 1 Cawan Pulut
- 13/4 Cawan Santan
- Sedikit Garam
- Daun Pandan
pulut kuah serawa durian sedap
Cara-Cara (Pulut);
pulut kuah serawa durian sedap
1. Pastikan pulut telah dibersihkan dan ditos airnya.
2. Masukkan semua bahan dalam rice cooker, kacau rata.
3. On rice cooker dan biarkannya masak sendiri.
4. Hidangkan bila pulut sudah sejuk.
pulut kuah serawa durian sedap
Selamat Mencuba!
pulut kuah serawa durian sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
pulut kuah serawa durian sedap

12 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...