Friday, October 16

Resepi Apam Susu Pelangi Gebu Sukatan Cawan

Salam ...

Dah lama rasanya tak buat apam. Sejak ada acuan tart mini ni, asyik pikir aje nak buat kuih apa. Last-last teringat apam susu. Comel jer kan kalau kukus dalam acuan tart mini. Jom buat apam susu pelangi. Pelangi la sangatkan, padahal tiga warna ajer ;)
apam susu pelangi sedap gebu
Resepi apam susu gebu sedap lembut. Cara buat apam susu pelangi sukatan cawan mudah senang
Apam Susu Pelangi Gebu
apam susu pelangi sedap gebu
Bahan-Bahan;
apam susu pelangi sedap gebu
- 11/2 Cawan Tepung Gandum
- 3 Biji Telur (Gred A)
- 3 Sudu Besar Minyak
- 3 Scoop Susu Tepung
- 3 Sudu Besar Susu Pekat
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1 Sudu Teh Baking Powder
- 1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
- Sedikit Pewarna (Ikut Suka)
apam susu pelangi sedap gebu
Cara-Cara;
apam susu pelangi sedap gebu
1. Telur dipecahkan dan dibuang ketulan hanyir supaya apam tiada rasa telur.
2. Pukul telur bersama gula kastor dan minyak hingga sebati dan kembang.
3. Masukkan susu pekat, susu tepung dan esen vanilla pukul lagi.
4. Masukkan tepung dan pukul lagi hingga sebati, kemudian keluarkan mixer.
5. Masukkan baking powder dan kaup balikkan adunan menggunakan sudu.
6. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dua daripadanya.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan mini, corakkan ikut suka.
8. Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.
apam susu pelangi sedap gebu
Adunan apam susu ni tanpa ovalette tau. Mesti gunakan acuan mini. Tak boleh guna loyang. Sebab bila guna loyang masa mengukus lebih lama dan kebarangkalian apam tak naik tinggi. Adunan apam susu ni kan guna banyak telur, secara naturalnya telur akan mendak kebawah. Ovalette tu berfungsi sebagai penstabil yang membantu telur dalam adunan naik. Kalau korang pernah buat kek span korang mesti tau ovalette ni. So, kalau tak ada ovalette, guna acuan mini kay.
apam susu pelangi sedap gebu
Resepi apam susu gebu sedap lembut. Cara buat apam susu pelangi sukatan cawan mudah senang
Adunan apam dibahagikan tiga dan diwarnakan.
apam susu pelangi sedap gebu
Resepi apam susu gebu sedap lembut. Cara buat apam susu pelangi sukatan cawan mudah senang
Masukkan adunan dalam acuan mini dan corakkan ikut suka.
apam susu pelangi sedap gebu
Resepi apam susu gebu sedap lembut. Cara buat apam susu pelangi sukatan cawan mudah senang
Membulat gebu apam ni tau bila dah masak :)
apam susu pelangi sedap gebu
Resepi apam susu gebu sedap lembut. Cara buat apam susu pelangi sukatan cawan mudah senang
Habis dimakan anak-anakku, tingal ni ajer nak simpan fridge :)
apam susu pelangi sedap gebu
Selamat Mencuba!
apam susu pelangi sedap gebu
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
apam susu pelangi sedap gebu

27 comments:

  1. wah kak zie.. pandainya buat..cantik kaler tu..mmg anak2 akan suka kan..ruby nk eh resepi ni ya..
    nk buat!!! buat dah ritu xjadi..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. warna warni anak-anak suka... cuba la resepi ni ruby, guna acuan mini tau :)

      Delete
  2. Salam singgah sini sis....comelnya apam sis tu.. warna pun menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... comel kan bila guna acuan tart :)

      Delete
  3. dapat kat mummy and the geng.. memang sekelip mata je habis ni.. tapi mummy tak suka makan ngan kelapa.. nanti gatal tekak..suka makan cam tu aje.. sedappp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy suka apam eh :) ... apam susu tak memang ak sesuai makan dengan kelapa, yang tu apam beras :)

      Delete
    2. ooo lain2 ea... tak kisahla yg penting kuih apam..sebab dia lembut dan nyaman bila dikunyah..ehh dah makan iklan la pulok..hehhehe :P

      Delete
    3. hehe ... boleh jadi duta apam ni ;)

      Delete
  4. Replies
    1. comel kannn ... bulat-bulat berbunga sebab guna acuan tart :)

      Delete
  5. rasa sayang nak makan sbb ada warna ping :p

    ReplyDelete
  6. kalau nk letak 7 warna...haruslah size apam sebesar pinggan baru nampak 7 warna tu kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau 7 warna masuk loyang pun tak nampak dah warnanya, banyak beno :)

      Delete
  7. Comel nya.... mesti anak2 suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua suka ... sebab bulat comel dan warna-warni :)

      Delete
    2. Salam..nk tanya..3 scoop susu tepung tu macam mna ye?

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...