Tuesday, December 15

Cara Buat Puff Rangup Strawberry Chocolate Sedap

Salam ...

Jom buat puff strawberry chocolate. Mudah ajer. Macam biasalah, guna puff pastry ready made ajer. Senang sangat nak buat, sedap pula tu :)

Cara Buat Puff Rangup Strawberry Chocolate White Sedap. Puff Pastry Ready Made Dengan Cream Custard. Resepi Mudah Puff Strawberi Coklat Sedap Senang Simple
Puff Strawberry Chocolate Rangup

Bahan utama yang diperlukan adalah strawberry, chocolate dan pastry puff sheet. Untuk cream pula boleh ikut suka. Boleh guna whipping cream. Boleh juga just letak jem strawberi atau coklat yang dicairkan. BW pula guna cream custard. Resepi cream custard ni sama macam BW buat tart buah kastard, Klik Sini dan puff peach sebelum ni, Klik Sini.

Bahan Utama:

- Puff Pastry
- Strawberry
- Chocolate
- Cream / Spread

Bahan-Bahan (Cream Kastard);

- 1 Cawan Tepung Kastard
- 31/2 Cawan Air
- 10 Sudu Besar Susu Pekat
- 1 Sudu Besar Buttercup

Cara-Cara (Cream Kastard):

1. Bancuhkan tepung kastard bersama air dan susu pekat hingga sebati.
2. Masak dengan api sederhana kuat dan sentiasa dikacau-kacau.
3. Masak hingga mendidih, pekat dan menggelembung.
4. Tutup api, masukkan buttercup dan kacau hingga sebati.
5. Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan dalam piping bag.

Cara Buat Puff Rangup Strawberry Chocolate White Sedap. Puff Pastry Ready Made Dengan Cream Custard. Resepi Mudah Puff Strawberi Coklat Sedap Senang Simple
Adunan custard dibancuh, dimasak hingga pekat.
Kemudian biarkan sejuk dan masukkan kedalam piping bag.

Untuk puff pula perlu dibakar terlebih dahulu. Kita boleh buat bentuk ikut suka saiz besar atau pun kecil. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 10-15 minit bergantung pada oven masing-masing. Bakar hingga golden brown.

Cream custard dimasukkan dalam piping bag. Kalau nak cantik gunalah nozzle. Kalau tak ada nozzle pun ok ajer. Pipingkn cream custard kedalam puff rangup kemudian susun hirisan strawberry yang telah dipotong. Last sekali sagat chocolate diatasnya.

Cara Buat Puff Rangup Strawberry Chocolate White Sedap. Puff Pastry Ready Made Dengan Cream Custard. Resepi Mudah Puff Strawberi Coklat Sedap Senang Simple
Puff pastry yang telah dipotong dibakar hingga golden brown.
Biarkan isnya sejuk kemudian pipingkan cream diatasnya.

Cara Buat Puff Rangup Strawberry Chocolate White Sedap. Puff Pastry Ready Made Dengan Cream Custard. Resepi Mudah Puff Strawberi Coklat Sedap Senang Simple
Susun hirisan strawberry dan taburkan chocolate diatasnya.

Cara Buat Puff Rangup Strawberry Chocolate White Sedap. Puff Pastry Ready Made Dengan Cream Custard. Resepi Mudah Puff Strawberi Coklat Sedap Senang Simple
Yang ni puff strawberry saiz mini dengan white chocolate.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

18 comments:

  1. rajinn., nmpk sedap puff makk tuuhh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin sebab senang jer ni wak, guna puff ready made :)

      Delete
  2. Salam singgah sini Zie...sedapnya puff tu..

    ReplyDelete
  3. waduhhhhh cantik rs syg nk mkn ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau my dotter, sebab cantik diorang tak sabar nak makan :)

      Delete
  4. kalau dah pandai memang mudah...arz tengok dah pening kepala almaklum jarang ke dapur...huhu

    perkongsian yang menarik teruskan berkongsi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cream custard tu jer yang nak kena masak, boleh jer gantikan dengan jem strawberry, lebih mudah.

      guna puff pastry ready made, orang lelaki pun boleh buat ni :)

      Delete
  5. Replies
    1. cara paling mudah, beli yang ready made hahaha :p

      dah banyak kali tengok kat TV susah lah nak buat puff tu pastry, nak kena roll layer by layer la, tak kuasa :)

      Delete
  6. senang la nk buat lepas ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la buat nina, guna puff pastry ready made ajer :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...