Tuesday, November 19

Resepi & Cara Buat Kek Tiramisu Cheese Simple, Senang, Sedap

Salam  ...

Jom usha resepi dan cara buat tiramisu step by step. Simple, sebab guna bahan yang mudah didapati. Senang, tak perlu bakar bagai. Sedap sebab guna cheese kan ;) Tapi resepi ni bukanlah resepi original tiramisu italy yer, bahan-bahan dah diolah oleh BW untuk menjadikan simple :) Resepi tiramisu original guna mascarpone cheese dan lady fingers. So resepi BW ni tak ori yer :p

Bahan-bahan simple yang diperlukan. Beli kat hypermarket je

Bahan-Bahan;

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Biji Sponge Kek
- 3/4 Cawan Gula Kastor
- 1 Cup Plain Yogurt
- 1 Cawan Air Nescafe
- 4 Sudu Milo

Cara-Cara;

1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Masukkan gula kastor & pukul lagi sampai kembang.
3. Masukkan plain yogurt dan pukul lagi kemudian ketepikan.
4. Potong spong kek & celup dalam air nescafe.
5. Susun dalam bekas, kemudian tuangkan cheese.
6. Ulang langkah 5 untuk hasilkan 2 layer.
7. Simpan dalam fridge semalaman, kat bahgian bawah fridge je.
8. Esoknya, taburkan milo dan ratakan atas kek.

Proses melayer kek tiramisu yang senang

Ready untuk disejukkan semalaman dalam fridge. Tak perlu kukus/bakar pun :p

Tips Tambahan;

1. Yogurt boleh digantikan dengan mascarpone cheese untuk dapatkan rasa yang asli. Boleh juga gantikan dengan fresh cream untuk lebih creamy. BW guna yogurt untuk lebih sihat ;)
2. Kek span boleh digantikan dengan lady/ sponge fingers untuk dapatkan rasa ori tiramisu Italy. Juga boleh digantikan dengan biskut marie, biskut kraker ataupun digestives biscuit.
3. Milo boleh digantikan dengan serbuk coklat. Boleh juga digantikan dengan serbuk koko & nescafe halus tapi taburkan sedikit sahaja untuk elakkan rasa pahit.
4. Klik Sini untuk Resepi Asas Adunan Cheese dan pelbagai jenis cheese cake.

Tiramisu yang dah ready untuk dimakan. Taburkan 2 sudu milo setiap bekas. Yummy ;)

Simple, Senang & Sedap. Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

34 comments:

  1. saje je post waktu2 macam ni kan, dah terliur dah ni...heheh, tq2 pasni nk cuba =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan.. post time lunch hour :p jgn lupa cuba yer, senang sangat ni

      Delete
  2. saya tak pandai buat resepi mcm nie.. nmpk simple mesti tak jadi.. huhu.... masa putar cream cheese dgn letak whipped cream terus jadi mcm soya basi.. hahaha.... tp nak cuba gak sekali lagi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'soya basi?' rasa macamana tu? masam ke? cream cheese memang masam :p rasa bergantung pada cream cheese yang kita guna, memang ada cheese yang rasa kureng sikit. cari cam BW guna tu, sedap tau, ada logo halal lg :) beli kat tesco je.

      sepatutnya kalau tambah whipped cream rasa lagi creamy. next time cuba tambah gula lebih sikit yer. lepas tu tak payah guna lemon kalau tak berapa suka masam. selamat mencuba kali kedua kay :)

      Delete
  3. menariknya.. bley try buat ni.. hihiii..Nway tima kasih sudi lawat blog saya !

    ReplyDelete
  4. Ermmm.. menarik dan mudahnyaa...
    bila nak cuba nie ekk.... bila nak cuba nie ekk.... bila nak cuba nie ekk.... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila teringin nak makan nanti cuba la :)

      Delete
  5. nnt ada masa buat jugak.. :) selalu guna lady fingers.. nnt try BWguna thenx BW

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... ramai cakap guna lady fingers sedap kan... tp tak jumpa lagi yg ada cop halal. kalau jumpa nanti, memang nak sgt guna :)

      guna sponge cake pun rasa dia bergantung kpd kek tu, kalau sponge cake yg kita beli kurang sedap, so tiramisu tu pun rasa kureng sikit :(

      Delete
    2. lady fingers tu xpnah jumpa la,,mybe sy xprasan..dia ada kt bhagian mne ar?ldy finger tu yg keras tu kew??

      Delete
    3. ada kat kedai bakery ... kat hypermarket pun ada area biskut. cumanya yang ada satu brand aje, produk import tak ada logo halal yg diiktiraf.

      Delete
  6. nk wat lah cam sedap jew emmmmmmm



    ReplyDelete
  7. mana lebih ok yew guna lady fingers ataw sponge cake??huhuhu...xreti la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kate org guna lady fingers lagi sedap, tapi tak pernah guna pula sebab tak jumpa lagi yg ada cop halal. sponge cake kalau kena yg sedap, sedap la jadinya. biskut pun sama, bergantung kepada kesedapan biskut tu. bila dah banyak kali cuba, BW suka guna jacobs weetamel yang bulat tu :)

      Delete
    2. owhh,,jacobs tu pun boleh juga ka??xtahu pula...hihi,,sdap x?
      tpi kan boleh kew klau guna yogurt gnti kpda whipping cream??ke dua2 tu sme je?

      Delete
    3. sedap kalau guna jacobs weetamel tu. Boleh sangat kalau guna whipping cream, rasa lagi berlemak, especially untuk yang tak berapa suka masam dan yang kurus :p kalau gemuk, guna yogurt la, kurangkan lemak ;)

      Delete
    4. ok,,pasni nk try guna jacobs pulak..sy dh lma nk try ldyfingers tp xjmpa la maybe sy xprasan or xtahu tmpat dya kt mna...ldyfingers yg keras giler2 tu kew?hihi,,sy xbrapa tahu la..

      Delete
    5. hehe.. yang keras tu roti mayat kot :p lady fingers lembut dan bau wangi, cuma tak jumpa lagi yg ada cop halal, semuanya import, ada jer kat hypermatket :)

      Delete
  8. kalau tak guna yogurt takpe ke ? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... boleh gantikan dengan mascarpone cheese atau whipped cream. gantikan dengan susu kotak atau susu segar pun boleh. makesure tambah sedikit perahan lemon.

      kalau guna yogurt tak perlu perahan lemon sebab yogurt dah masam :)

      Delete
    2. oh okay. apa pulak beza whipping cream dan whipped cream ?

      Delete
    3. sama je.. type ikut suka sekajap whipping sekejap whiped :)

      Delete
    4. jadi whipped tu yg dah dipukul ye ?

      Delete
    5. yups.. kalau nak beli.. cari yg tulis whipping cream :)

      Delete
    6. oh. jadi kalau takda whipping cream boleh buat homemade whipped cream 😊 weee seronoknyaa :)

      Delete
    7. Homemade whipped cream?? yang guna telur putih tu ke? better jangan la. kalau kek span ke, cream deco kek ke ok la kot. tapi letak dalam tiramisu???oh no. kalau nak buat juga cubalah :p

      Untuk tiramisu atau cheese cake hanya sesuai whipping cream yg dibeli tu yer. Beli aje di hypermarket atau kedai bakery.

      kalau nak senang guna yogurt atau susu kotak dutch lady tu. kat kedai runcit pun ada :)

      Delete
    8. homemade whipped cream yg guna susu tu huhu. kalau guna susu dutchlady nak guna yg mana ?

      Delete
    9. oh.. guna susu ok la kot. erm.. susu dutchlady yg dalam kotak tau, bukan susu tepung. Beli yang kotak kecil tu, masukkan separuh je

      Delete
    10. oh okay. kalau guna yogurt, rasa dia macam ada guna whipping cream tak ?

      Delete
    11. kalau guna whipping cream kena tambah lemon. kalau guna yogurt tak perlu lemon. bila dua-dua ni ditambah dengan cream cheese,lebih kurang je rasanya. cuma whipping cream lebih creamy la

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...