Monday, March 16

Jom Buat Homemade Roti Pizza Tanpa Cheese

Salam ...

Teringin nak buat pizza. Tapi kat rumah jarang ada stock mozarella cheese. So, kita buat pizza tanpa cheese la, ala-ala roti bun je rasanya tapi bentuk pizza gitew ;)

Nyum~ Anak-anak suka makan ni. Lepas keluar oven, terus habis seloyang :)

Walaupun tak ada cheese, mayo mesti ada okay. Untuk resepi penuh doh pizza Klik Sini. Untuk cara kembangkan doh Klik Sini.

Bahan-Bahan Inti;

- Mayonnaise
- Sos Cili
- Sosej
- Mix Vege
- Bawang Holand
- Mix Herbs

First sekali kenalah sediakan doh. Klik Sini kay. Biarkan doh mengembang dua kali ganda, baru boleh letak inti dan bakar.

 Bawang holand cincang & Mix vege digaul bersama mayo dan disapukan diatas doh.

Kemudian, sosej dihiris dan disusun atas doh.

 Picit mayo diatas doh. Buat lah apa pun corak yang korang suka.

Last sekali tuang sos cili dan taburkan mix herbs.

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
3. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
4. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. nampak sedap..boleh laa cuba nanti..thanx for sharing :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. untuk penggemar roti ni ... memang best makan sampai kenyang :)

      Delete
  3. tapi bagi saya, kalau ada cheese tu yg buat lagi sedap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kalau ada cheese memang sedap sangat, tapi tade stok dirumah :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...