Wednesday, March 11

Menu Mudah Untuk Bekal Anak Ke Sekolah

Salam ...

Last time dah cerita pasal Terapkan Amalan Membawa Bekal Ke Sekolah, Klik Sini. Kali ni nk share menu mudah untuk dimasak. Lebih kurang menu dikantin, cuma masak sendiri, kebersihan pun terjamin :)

Nasi lemak, sedikit sambal dengan telur rebus, timun dan anggur.

Antara Menu Nasi Putih;

1. Nasi Putih + Kicap + Telur Goreng
2. Nasi Putih + Kicap + Ayam Goreng
3. Nasi Putih +  Ayam Goreng Kuyit / Kicap
4. Nasi Putih +  Daging Goreng Kuyit / Kicap
5. Nasi Putih + Udang Goreng
6. Nasi Putih + Sotong Kicap

Antara Menu Masakan Panas;

1. Nasi Lemak + Sambal + Telur Rebus
2. Nasi Goreng + Telur Mata
3. Mee / Bihun / Megi Goreng + Telur Mata
4. Nasi Ayam + Ayam Bakar Madu

Add On: Buah-Buahan / Timun / Salad / Cookies / Snek / Coklat / Gula-Gula

Nasi putih ditambah kicap dengan udang goreng dan telur dadar serta snek oat bar.

Pastikan kita kurangkan minyak dan cili sewaktu memasak. Jangan tambah ajinomoto bagai kay. Tambahkan sayur-sayuran untuk nasi dan mee goreng.

Untuk masakan panas, hanya sesuai dimasukkan dalam bekas steel macam ni.

Buah-buahan, timun, salad bolehlah ditambah kedalam bekal jika stok ada dirumah. Antara buah-buahan yang sesuai untuk dibawa bekal ialah anggur dan pisang. Buah potong boleh juga, seperti honeydew, tembikai dan betik, kenalah masuk dalam plastik terlebih dahulu.


Bihun goreng putih tidak pedas dengan pisang.

Cookies, Snek, Coklat & Gula-Gula bukanlah makanan yang sihat untuk dibekalkan kepada anak-anak. Tapi dah nama pun anak-anak, mesti diorang teringgin juga bila lihat orang lain makan. Daripada beri duit kepada mereka, better kita yang beli, sebab kita boleh pilih yang berkualiti dan halal. Kebanyakan peniaga snek menjual produk yang banyak pewarna, perasa dan made in china.

Entri Berkaitan;


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. Bekal simple ank2 mkn je sbb air tgn ibu... yg x healthy food tu awal2 lg kene bgtau anak is not healthy, nnt gigi rosak...mudah mudahan diaorang x layan pun nk mkn jajan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. air tangan ibu simple pun habis :)

      erm.. jajan tu, kalau time kecil kita tak bagi, dia paham. tapi nanti besar sikit dia beli senyap-senyap. ni pengalaman my anak buah yg lelaki time sekolah. punya lah my kakak ingat anak dia tak makan jajan. mak usu yg sporting ni senyap je tak bagi tau ;)

      Delete
  2. bawa bekal ni lbh menjimatkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa bekal jimat kalau bekal kerja. tapi kalau ke sekolah bawa duit lagi jimat sebab kita masak ni letak macam-macam lagi mahal :p

      Delete
  3. Salam singgah pagi sis...diana pun hari2 bawa bekal p kerja...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bagusnya.. bawa bekal pi kerja lagi mudah tak payah nak keluar ke kedai.

      BW dulu kecik-kecik tak bawa bekal. time kerja tak pernah sekali pun bawa bekal. ni nak latih anak-anak biar jadi macam diana :)

      Delete
  4. sedapnya bekal putri.. rajin buat tu takpe yg pemalas bgun awal pg yg susah. hehee
    jimat duit dan makanan pun berkhasiat :)

    ReplyDelete
  5. cukup lengkap dan berkhasiat dengan buah nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh nak letak semua yg ada dalam fridge. tapi bila ada je la, kalau tak ada buah ke snek ke, bekal simple je la :)

      Delete
  6. Orang dewasa pun boleh guna menu camni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. org dewasa pun boleh. tapi kat malaysia ni jarang sangat org dewasa bawa bekal :)

      Delete
  7. Wah menarik ni. Tak sabar nak tunggu anak masuk sekolah. Elok sebenarnya bawak bekal ke sekolah, lebih jimat dan terjamin kebersihannya.
    9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab jimat tu tak berapa sangat la, bila anak sorang je yang sekolah, bagi duit lagi jimat :p ... tapi kebersihan tu tepatlah, kat kantin kan kebanyakannya kureng sikit.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...