Wednesday, August 5

Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan, Pahang

Salam ...

Kali ni kami ke Kuantan pula. Kalau bercuti di Cherating ni, selain pantai, kita boleh la jalan-jalan cari makan ke Kemaman dan pusing-pusing ambil angin di Kuantan. Jom ke Mini Zoo Taman Teruntum.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Wefie dulu depan landmark Mini Zoo Taman Teruntum.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum ni terletak berhadapan Kelab Golf Diraja Pahang. Terletak berhanpiran dengan Teluk Cempedak yang merupakan salah satu tempat tumpuan di Kuantan ni. Masuk adalah percuma tau. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 7.00 malam.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 My 3rd - Mula-mula monyok aje muka, bila dah masuk, dialah yang paling excited ;)
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Tersangatlah excited diorang berdua ni bila dapat tengok haiwan, sampai memanjat :)
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Walaupun hanyalah mini zoo, macam-macam haiwan jugalah ada kat sini. Antaranya;
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Ada beruang. Kesian tangan dia kena ikat, tapi kalau tak ikat bahayakan pengunjung pula.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Ada kancil. Ada pisang yang dipotong kecil dalam sangkar ni. Kancil makan pisang? :)
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Ada burung unta / ostrich. Time kami tengah usyar, dia berak pula, tapi tak snap gambar :p
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
Ada ular sawa dan pelbagai jenis ular yang lain. 
Kebetulan dapat snap gambar ular sawa tengah membaham ayam.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Ada orang utan. Ada dua ekor je, tu pasal ada dua biji rumah.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
 Ada buaya. Ada buaya dewasa dan anak buaya.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Selain haiwan-haiwan diatas ni, ada pelbagai lagi haiwan yang lain seperti rusa, kura-kura, kuda, ayam-ayam, burung-burung, anak-anak ikan dan macam-macam lagi.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Mini Zoo Taman Teruntum. Tempat menarik dan best di Kuantan Pahang Malaysia
Berehat sebentar bila dah penat. Mini zoo ni berbukit sikit, so cepat penat :)
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Tempat ni takde la gempak macam Zoo Negara ke Zoo Melaka ke. Tapi dah nama pun free, boleh tahan juga lah. Tak sangka juga ada banyak haiwan. Kepada sesiapa yang ada anak kecil, memang tak rugi singgah sini. Anak-anak seronok, kita pun tak penat nak pusing jauh melayan kerenah anak-anak :)
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Entri Berkaitan;
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
1. Destinasi Budget Cherating Kemaman Kuantan
2. Hotel Tak Best The Legend Resort, Cherating.
3. Taman Teruntum dan Playground Unik
4. Kuantan River Front dan Mee Calong Berserah.
5. Petrosains Playsmart Kuantan Pahang.
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Mini Zoo Taman Teruntum Kuantan Best

14 comments:

  1. Anak2 memang suka pergi zoo. Terija tengok semua haiwan, siap tiru lagi macam mana bunyi haiwan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn ... walaupun pergi tempat yang sama banyak kali ... walaupun sekadar mini zoo, diorang sentiasa excited aje :)

      Delete
  2. salam singgah petang sis...wahh...bestnya melawat zoo...sukanya anak2 sis melihat binatang2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... anak-anak kecil kan, memang suka sangat pergi zoo dan tengok haiwan :)

      Delete
  3. saya pun pelik bila kancil mkn pisang dan saya mmg x tahu kancil mkn apa sebenarnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, hairan juga ... kancil kan bijak, makan semua buah-buahan kot :)

      Delete
  4. 4 org buah hati rupanya...comei!!! budak2 besar ni bawak pegi zoo mmg excited gila lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze 4 org dah, penangan kawin awal :) ... memang excited semuanya, letih nak jaga dan kejar aje :)

      Delete
  5. lama dh tak masuk zoo. . tunggu ada anak nanti la :) haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ... jadi pha is dah ni, pha is selalu cakap bakal isteri, ni lagi advance, bakal anak ;) (gurau je)

      Delete
  6. Taman Haiwan Mini Malaysia yang bagus, di Indonesia belum ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mini Malaysia yang dekat Melaka ke? Memang best. Hopefully akan datang, ada Mini Indonesia :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...