Wednesday, November 18

Resepi Roti Pisang Buttermilk. Sesuai Ke Tidak?

Salam ...

Stok yis tak habis lagi. So, meroti lagi. Kali ni nak cuba buat roti pisang. Biasa pisang buat kek (Klik Sini) dan muffin (Klik Sini) kan. Kali ni nak cuba buat roti pula. Roti pisang buttermilk. Nak tengok sesuai ke kalau buat roti ditambah pisang ...

Resepi Mudah Roti Pisang Buttermilk Cheese. Cara Buat Roti Pisang Buttermilk Keju. Roti Yis Pisang Buttermilk. Sedap Senang Simple
Roti pisang butermilk ;)~

 Bahan- Bahan;

- 1/2 Kg Tepung
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 2 Biji Pisang Montel
- 1/2 Sudu Teh Bread Improver
- 1/2 Sudu Teh Dough Softener
- 1 Sudu Besar Butter
- 1 Cawan Susu
- 1 Sudu Besar Cuka
- Sedikit Garam.
- Air Secukupnya

Cara- Cara;

1. Masukkan cuka kedalam susu dan biarkan menjadi buttermilk.
2. Masukkan tepung, gula, pisang, garam dan yis kedalam bekas dan ramas.
3. Masukkan buttermilk, bread improver dan dough softener, gaul sebati.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit uli sehingga menjadi doh lembut.
5. Masukkan butter dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
6. Doh dibulat-bulatkan dan disusun dalam loyang yang telah digris.
7. Biarkan doh kembang. Klik Sini untuk tips kembangkan doh dengan cepat.
8. Taburkan butter dan hirisan keju cheddar. Boleh juga sapukan kuning telur.
9. Bakar pada suhu 190 darjah celsius selama  30-40 minit.

Resepi Mudah Roti Pisang Buttermilk Cheese. Cara Buat Roti Pisang Buttermilk Keju. Roti Yis Pisang Buttermilk. Sedap Senang Simple
Uli doh dan biarkan kembang saiz berganda, Klik Sini untuk tips.

Resepi Mudah Roti Pisang Buttermilk Cheese. Cara Buat Roti Pisang Buttermilk Keju. Roti Yis Pisang Buttermilk. Sedap Senang Simple
Bulat-bulatkan doh dan biarkannya kembang berganda.

Resepi Mudah Roti Pisang Buttermilk Cheese. Cara Buat Roti Pisang Buttermilk Keju. Roti Yis Pisang Buttermilk. Sedap Senang Simple
Taburkan butter dan cheese. Boleh juga disapu kuning telur.

Resepi Mudah Roti Pisang Buttermilk Cheese. Cara Buat Roti Pisang Buttermilk Keju. Roti Yis Pisang Buttermilk. Sedap Senang Simple
Terhangus sikit sebab terlambat keluarkan dari oven :p

Resepi ni dari resepi asas doh roti, Klik Sini. Hanya tambahkan dua biji pisang montel. Manakala air pula digantikan dengan secawan susu ditambah cuka, buttermilk. So sesuai ke pisang dibuat roti?

Erm, sedikit keras la roti ni bila ditambah pisang. Tekstur roti pisang tu sedikit keras walaupun dan ditambah dough softener dan bread improver. Maybe pisang tak sesuai buat roti kot.

Bila tengok mat saleh buat banana bread di youtube, rupanya diorang buat roti pisang macam kita buat kek pisang, cuma masukkan dalam loyang roti ajer. Memandai jer kan BW buat roti guna yis tu letak pisang. Tapi, habis juga seloyang walaupun roti tak lembut :p

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
3. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
4. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

38 comments:

  1. Replies
    1. hehe ... misi one entry per day :)

      Delete
    2. Bagus misi tu.. Aiza susah nak konsisten.. Hehe..

      Delete
    3. kena buat autopublish la aiza ;)

      Delete
  2. tahniah di samping menulis blog terus membuat kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ... sambil blogging sambil bagi anak makan gitew :)

      Delete
    2. Bagus bagi anak makan.. Hehe..

      Delete
    3. time anak tak memilih ni la sesuai nak cuba masak itu ini ... walau apa pun hasilnya sure habis hehe :)

      Delete
  3. sbb sedap tu kot..tu yg habis seloyang....hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak suka makan pisang, kek pisang, muffin pisang semua diorang suka ... roti pisang yang tak lembut pun habis dimakan, sedap la agaknya kot kat tekak diorang. hehe :)

      Delete
    2. Betul tu.. Mesti sedap sampai habis.. ;)

      Delete
    3. agaknya sedap la kot kat tekak diorang ... ke sebab disuap, so diorang makan ajer hehe :)

      Delete
  4. Salam singgah sini sis....nampak memang sedap lah sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam sedap lah ... tapi tak lembut macam selalu la roti bila ditambah pisang :)

      Delete
  5. nampak sedap roti pisang tu dan terserlah kelembutannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terserlah kelembutan? ... tapi hakikatnya roti yang ditambah pisang tak lembut pun macam roti yang biasa tu ;)

      Delete
    2. ohhh yg biasa lagi lembut erk?? hihi ...

      Delete
    3. yups, kalau guna resepi yang sama tapi tak letak pisang roti lembut jer, bila letak pisang, tak lembut pulak dah ... memandai jer menambah-nambah :)

      Delete
  6. wahh...memang nampak gebu gebas... sedappp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak jer kot ... tapi rasa memang tak gebu gebas :p

      Delete
  7. sy suka kalu roti hangus2 ni sedap je bila cicah kopi o hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan anak-anak kat rumah ni, tapi diorang cicah milo ... walaupun roti tak lembut, habis juga seloyang :)

      Delete
    2. Setuju dengan komen anies, sedap cicah air..

      Delete
    3. aiza suka cicah air apa? kopi ke milo ke teh ke? ;)

      Delete
  8. keras eh? tp bila buat kek pisang sedap n lembut lak...x sesuai lah buat roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan ... buat kek memang sedap ... buat roti jadi tak lembut la pulak :)

      Delete
  9. Nampak sedap tu.. Kreatif betul zie has.. ;)

    ReplyDelete
  10. roti pisang?? nampak gebu2 :P sedap dimakan dgn jem ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak jer gebu ... tapi sebenarnya bila letak pisang roti jadi kurang gebu :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...