Sunday, December 29

Resepi Mudah Pau Kukus Ayam Daging Gebu

Salam ...

Bila weekend, kalau tak keluar mesti nak buat something kan. Jom kita buat pau gebu berinti rendang daging atau apa-apa inti yang korang suka. Pau gebu ni rasa macam kat kedai yang harga sebiji dua hengget tu tau. Rahsianya mudah je, guna tepung pau blue key :)

Resepi pau kukus lembut gebu
Pau yang sedang dikukus. Buat saiz besar nak feeling konon-konon beli kat kedai :p

Ni la tepung blue key yang akan buat pau jadi lembut, putih & gebu :)

Bahan-Bahan;

- 1/2 Pack Tepung Pau Blue Key
- 1/2 Pack Yis Mauripan
- 1 Cawan Air Sejuk
- 1 Sudu Besar Shortening
- Sedikit Garam

Cara-Cara;

1. Ambil secawan air dan bancuhkan bersama beberapa ketul ais dan ketepikan.
2. Masukkan tepung, garam & yis kedalam bekas dan gaul rata.
3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit kedalam campuran tepung.
4. Uli sehingga menjadi doh yang tidak terlampau lembik atau keras.
5. Masukkan shortening dan uli lagi sehingga doh tidak melekat ditangan.
6. Biarkan doh mengembang menjadi 2x ganda, selama 30 minit.
7. Bulatkan-buatkan doh dan masukkan inti yang digemari.
8. Panaskan air dalam periuk pengukus sehingga didih.
9. Kemudian barulah kukus pau tu selama 10 minit.

Tips Tambahan;

1. Tips Tambahan Resepi Asas Doh

Pau berinti rendang daging bersaiz besar. Yummy :)

Last time nyer. Pau saiz sederhana inti kari daging. Nyum Nyum!

Resepi ni boleh menghasilkan 8 biji pau bersaiz besar, cam yang jual kat kedai tu kay. Kalau buat saiz sederhana boleh dapat dalam 15 biji. Ni sekali round setel tau, takde simpan-simpan. Hehe. Walaupun rupa tak cantik, tak montok licin macam kedai, tapi rasa sama kay :p

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

34 comments:

  1. dulu mak pernah buat pau.. tapi terkeras sikit.. hehehe.. tapi tetap sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air tangan mak mestilah yang terbaik :)

      Delete
  2. Hehehe.. terbaek.. nanti idah nak try laa..

    Thanks yer BW.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome :) try jangan tak try ... bagi muscle naik uli tepung tu. hehe

      Delete
  3. tak penah buat pau tapi pernah rase pau tersedap di tanjung malim.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. jauhnya.. kampung L ke tu? :)

      Delete
  4. ye lh byk yg berguna dalam post ni..boleh sy belajar buat pau dari sini.
    kat sini pun ada jgk..
    klik sini:
    http://rahsiabun.ashadee.com/go/faridman/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. tapi ni untuk amatur :)

      dah tengok dah web tu... wah expertnya buat bun pastry bagai

      Delete
  5. tau dah nak buat . ni la klu masa bunda masih sihat tak nak tuntut ilmu... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... biasala kan ... tape la.. skang ada pakcik google :)

      Delete
  6. Dah lama cari resipi yg senang mcm ni..
    Tengs siss..
    www.bysyiraishak.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. pau saya hampir jadi,tapi masih kurang kualiti.nak cuba resepi ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna tepung gandum.. memang rasa kurang kualiti kak. lain kali cuba guna tepung pau lak :)

      Delete
  8. Betul2 feeling pau besar2 nih...hehe...tq share resepi....

    Ada masa free...jom lawat blog saya...

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. feeling beli kedai tu pasal buat besar :p sama-sama :)

      will visit later :)

      Delete
  9. resepi pau ni mudah sangat .. nak try wat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah je resepinya.. cuma nak uli lenguh tangan :)

      Delete
  10. sedapnya...huuu ada resepi untuk kacang merah x

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak share lagi ... sebab tak snap gambar. nanti dah ada gambar barulah upload resepi :)

      Delete
  11. Nk tye yis tu nk bancuh dgn air dulu ke taw msukkn yis mcm tu je dlm tpung ke cmne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kalau nak dibancuh dengan ais sejuk atau air suam bagi yis cepat membiak ... boleh juga terus masukkan dalam tepung, lagi mudah, kacau rata then baru masukkan air sikit sikit :)

      Delete
  12. Assalamualaikum. Sangat bermanfaat. Means, satu sudur besar shortening tu apa? Hee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shortening tu lemak sayuran, ada jual dikedai bahan bakeri ... kalau tak ada shortening gantikan dengan marjerin atau minyak masak pun boleh :)

      Delete
  13. tepung tu kalo sukat pakai cawan berapa ye cawan ye..almaklum la takut terlajak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggaran dalam 4 cawan la kot rasanya ... tak pernah lagi sukat guna cawan bila meroti, selama ni main agak-agak jer separuh peket tu :)

      Delete
  14. tq resepi yg d beri...terbaik

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... Sis xde letak gula ke dlm pau????

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... sebab pau ni jenis masin, so saya tak letak gula ... kalau pau kacang merah ke, pau kaya ke, saya letak gula.

      ikut suka citarasa sendiri, boleh jer nak tambah gula :)

      Delete
  16. Assalamualaikum... Sis xde letak gula ke dlm pau????

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam ... sebab pau ni jenis masin, so saya tak letak gula ... kalau pau kacang merah ke, pau kaya ke, saya letak gula.

      ikut suka citarasa sendiri, boleh jer nak tambah gula :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...