Friday, April 10

Playhouse @ Home. Tiga Bulan Sahaja Dirumah.

Salam ...

Dulu pernah cerita pasal beli playground, setelah 4 tahun, BW lelong sebab semak rumah, Klik Sini untuk Playground @ Home Bila dah lama sikit, bila tengok anak-anak macam bosan je kat rumah, BW beli pula playhouse. Playhouse ni beli secondhand. Walaupun secondhand tapi mahal la juga. Demi anak :p

Fisher price princess playhouse, my dotter dua orang tu suka sangat ni ;)

Actually tengok dalam gambar macam comel jer. Memang comel pun, tapi beso gedabak. Ni sesuai untuk taska dan tadika atau pun sesuai untuk orang kaya yang rumah besar bebeno tu :p Bila letak playhouse ni kat ruang tamu, macam penuh je ruang. Setelah tiga bulan, BW pun dah tak tahan dengan ruang yang limit, lelong semula. Si adik menangis time pembeli ambil rumah dia.

 Complete playhouse ni, ada canopy, pintu, kerusi, dapur dan sinki bagai ;)

Seronok bila tengok anak-anak happy. Tapi, lepas ni maybe tak ada hati dah nak beli playground ke playhouse ke jenis ni, sebab makan ruang. Maybe kalau dah kaya dapat rumah banglo besar sebiji, boleh dipikirkan semula :p


Selalu my dotter main jual-jual makanan. Bila closed macam ni maknanya kedai makan tutup :p

Hanya tinggal playtent dan buai je kat rumah sekarang. Playtent ni tak makan ruang, 
kalau kita rasa macam semak jer, boleh lipat dan simpan :)

Klik Sini untuk lihat senarai Indoor Playground KL / Selangor.

 Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

9 comments:

  1. Replies
    1. tu la kan ... yg penting ada juga wpun playtent :)

      Delete
  2. Replies
    1. comel juga, tapi boleh masuk sorang dua aje :)

      Delete
  3. anak2 kt rmh main dlm play tent jer..tu pun da rase semak..ini kan lg play house...paly house ni sesuai ltk luar rumah kalau ada laman yg lapang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. playhouse mahal ... sayang kot letak kat luar, hehe :p main playtent sudah

      Delete
  4. MASIH ADA KE PLAYHOUSE TU? NAK BELI...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...