Thursday, January 15

Resepi Kek Keju Coklat / Cheese Choc

Salam ...

Last time pernah buat Kek Keju Coklat Marble. Tapi yang tu gabungan kek coklat dan cheese cake. Kali ni cheese choc, cheese cake yang ditambah dengan serbuk koko :) Dari Resepi Adunan Asas Cheese Cake.

Nyum nyum. Cheese choc kegemaran ku & anak-anak. Ni baru keluar oven. Elok licin je mengembang :)

Bahan-Bahan;

- 1 Cup Cream Cheese
- 1 Cup Plain Yogurt / Whipped Cream
- 1 Cawan Gula Kastor
- 2 Biji telur Gred A
- 2 Sudu Besar Tepung
- 1/2 Sudu Kecil Esen Vanilla
- 2 Sudu Besar Serbuk Koko

Base cheese cake. BW suka buat separa hancur, bila ada kasar-kasar tu rasa best time gigit nanti :)

Bahan-Bahan Base;

- Biskut
- Butter
Setelah dituang adunan cheese satu bahagian.

Ni pula, setelah dituang adunan kedua yang telah ditambah serbuk koko


Cara-Cara;

1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga sebati.
2. Campurkan telur, tepung dan esen vanilla kedalam adunan.
3. Pukul Sehingga kembang dan sebati kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul rata.
5. Biskut dihancurkan dan digaul bersama butter sehingga menjadi doh.
6. Lenyekkan doh biskut dalam loyang dan tuang adunan cheese diatasnya.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-45 minit, pastikan ada air dibawah loyang untuk elakkan base biskut hangus.
8. Boleh juga dikukus dengan api sederhana kuat selama 30-45 minit.
9. Simpan didalam fridge 4-6 jam sebelum dihidangkan.

Setelah sejuk dan dikeluaran dari loyang, mengecut dan kurang cun tapi tetap yummy :p~ Kalau nak hidang pada tetamu kena la deco. Ataupun time buat tu kena la berkhemah, jangan nak cepat cam BW ni ;)

Entri Berkaitan;

1. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

18 comments:

  1. cantiknya kek ni..base bawah yan buat tak pernah menjadi..mesti peroi..tak tahu knp

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. my husband kata, takleh jual. sebab tak cantik :p erm... base bawah tu kena letak butter cair sikit-sikit dulu, pastu gaul dan kepal-kepalkan. Makesure boleh dibulatkan jadi seketul doh yang keras (susah nak explain :) Kalau terlebih butter memang peroi

      Delete
  2. Utk mkn dgn fmly x cantik pun x pe asalkan aedap ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. kalau boleh buat yang senang je, nak cepat je :)

      Delete
  3. alahai.. hari tu buat x menjadi. mcm kena buat lg je ni. sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lagi sampai jadi. biasalah tu kalau mula-mula buat, lembik la, base peroi la. caiyok :)

      Delete
  4. Sedapnya...bukan senang nak buat cheese cake ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la... kalau dah cuba mesti rasa senang aje :)

      Delete
  5. sedapnya.. berlayer- layer pulak tu. sukanya kalau ada chesee !

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...