Tuesday, December 31

Tips Dan Cara Kembangkan Doh Dalam Masa 30 Minit

Salam ...

Ni kesinambungan dari entri semalam, 'Resepi Pau Lembut & Gebu' Kali ni BW nak share teknik atau cara nak kembangkan doh dalam masa singkat, iaitu 30 minit sahaja.

Teknik ni boleh diguna untuk kembangkan pelbagai jenis doh. Doh pau ke, doh roti ke, doh donut ke, semua jenis doh yang menggunakan yis la.

Pernah tak korang perap doh, dengan kain lembap tapi doh tak naik-naik, tak kembang pun walaupun dah tunggu lebih dari sejam? Untuk makluman korang, doh akan cepat kembang kalau suhu panas. Kalau time kita uli doh tu tengahari panas, just masukkan doh dalam bekas bertutup, jemur je kat luar selama sejam. Tapi kalau kita buat malam ke, atau time hujan ke, boleh la guna teknik yang BW share ni yer.

 Mula-mula, masukkan doh dalam bekas steel bersaiz sederhana.

Kemudian, ambil periuk pengukus, dan masukkan air yang mendidih.

Letakkan bekas doh tadi ditengah-tengah air didih.

Tutup periuk pengukus & biarkan selama 30 minit.

Taraaa! Dah kembang membukit yer. 30 minit je :)

Kalau korang tak ada periuk kukus boleh lah kembangkan doh dalam masa singkat, 30 minit menggunakan oven, Klik Sini.

Kembangkan doh dalam masa 30 minit guna oven, Klik Sini.

Selamat Mencuba!

Entri Berkaitan;

1. Resepi Asas Doh Roti, Donut & Pau
2. Resepi Asas Kek Sukatan Cawan
3. Resepi Adunan Asas Cheese Cake
4. Resepi Asas Muffin / Cupcakes
5. Resepi Asas Puding Kastard

Thanks for viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. owh ea...kalau pakai pengukus biasa cam kat kedai tu?
    tapi itu ler, nak menguli tepong tu memang ada penyakit BIG M (malas)... hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengukus yang macam buluh ke apa tu yer?? tau tau la.. try la :)

      erm.. mana dapat eh pengukus tu? dulu lama cari, tapi tak jumpe, so beli je yg ni.

      kan.. uli tepung tu boleh naik muscle :)

      Delete
  2. Wohoo.. camtu ekk.. ;D

    Thanks 4 sharing BW... really appreciate it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudahkan, skejap je mengembang ... pastu tayah nak campur yis dalam air suam, sbb air kalau terlebih panas yis boleh mati (yer kot, hehe)

      Delete
  3. rajinnyer bw masak.. hihi.. nak sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time rasa free, tak keluar mana-mana, tu yang datang rajin tu :p .. nak sikit?? boleh la C&P.. hehe

      Delete
  4. Pengukus tu apinye dihidupkan ke?..sbb sy buat hidupkan api doh dh jd mcm pau..😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. iskkk ... ni mesti tak baca habis ni. masukkan air yang panas yang mendidih dalam tu. lagipun gambar tu kan, pengukus atas table top bukan atas dapur.

      kalau hidupkan api, memang masak lah doh tu terus jadi pau kosong besar gedabak :p takpe, lain kali boleh cuba lagi yer :)

      Delete
  5. Pengukus tu apinye dihidupkan ke?..sbb sy buat hidupkan api doh dh jd mcm pau..😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. iskkk ... ni mesti tak baca habis ni. masukkan air yang panas yang mendidih dalam tu. lagipun gambar tu kan, pengukus atas table top bukan atas dapur.

      kalau hidupkan api, memang masak lah doh tu terus jadi pau kosong besar gedabak :p takpe, lain kali boleh cuba lagi yer :)

      Delete
  6. Kalau kita xde bekas steel mcm mna eh.. Boleh pakai bekas plastik x. Mcm tupperware ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bekas plastik tu ok letak dalam air panas, ok jer lah kot :)

      Delete
  7. I ada buat donut segera , i beli dalam paket and kena tambah bahan yang sendiri tpi tepung dah siap , i letak lah yis and dekat arahan tu suruh biarkan 15 minute after 15 minute i tengok doh i tak naik pun 😭😭 help me πŸ₯ΊπŸ˜­ why tak naik

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...