Tuesday, December 31

Tips Dan Cara Kembangkan Doh Dalam Masa 30 Minit

Salam ...

Ni kesinambungan dari entri semalam, 'Resepi Pau Lembut & Gebu' Kali ni BW nak share teknik atau cara nak kembangkan doh dalam masa singkat, iaitu 30 minit sahaja.

Teknik ni boleh diguna untuk kembangkan pelbagai jenis doh. Doh pau ke, doh roti ke, doh donut ke, semua jenis doh yang menggunakan yis la.

Pernah tak korang perap doh, dengan kain lembap tapi doh tak naik-naik, tak kembang pun walaupun dah tunggu lebih dari sejam? Untuk makluman korang, doh akan cepat kembang kalau suhu panas. Kalau time kita uli doh tu tengahari panas, just masukkan doh dalam bekas bertutup, jemur je kat luar selama sejam. Tapi kalau kita buat malam ke, atau time hujan ke, boleh la guna teknik yang BW share ni yer.

 Mula-mula, masukkan doh dalam bekas steel bersaiz sederhana.

Sunday, December 29

Resepi Mudah Pau Kukus Ayam Daging Gebu

Salam ...

Bila weekend, kalau tak keluar mesti nak buat something kan. Jom kita buat pau gebu berinti rendang daging atau apa-apa inti yang korang suka. Pau gebu ni rasa macam kat kedai yang harga sebiji dua hengget tu tau. Rahsianya mudah je, guna tepung pau blue key :)

Resepi pau kukus lembut gebu
Pau yang sedang dikukus. Buat saiz besar nak feeling konon-konon beli kat kedai :p

Thursday, December 26

Kisah Benar - Mempergunakan Anak Yatim Untuk Kutip Derma

Salam ...

Mesti ada antara korang yang dah baca satu artikel kat FB ni, berkaitan layanan buruk yang diterima dari penganjur sebuah majlis yang merupakan seorang Dato', Dato' Wira namanya.

"Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan." Baca artikel penuh disini.

Tuesday, December 24

Tempat Menarik di Kuala Lumpur : Zoo KL @ Zoo Negara, Taman Melawati

Salam Semua ...

Dah beberapa hari BW tak update blog, dah bersawang rasanya :) Busy layan family datang dari johor, bukan layan apa pun, follow pergi jalan-jalan jer :p

Sebab my dotter suka sangat pergi zoo. Kali ni entri zoo lagi. Ituhari entri Jalan-Jalan Zoo Taiping. Bosan tak? bosan tak? korang nak baca mesti bosan apatah lagi BW ni, malas nak pergi so biarkan si kakak aje yang pergi dengan pakcik-makcik dan cousin-cousin dia.

Harga tiket zoo kl ni memang mahal la berbanding zoo zoo lain kat malaysia ni. Nak tau harga tiket zoo negara terkini, klik sini yer >> Zoo Negara


Thursday, December 19

Tempat Menarik di Perak : Jalan-Jalan Zoo Taiping

Selamat menjamu selera semua :)

Hari ni nak review pasal Zoo Taiping pula. My Dotter asyik-asyik nak pergi Zoo aje. Harga tiket pun murah berbanding Zoo KL. So, layan je la. Lagipun on the way balik kampung kedah, kampung 'ayah' :)

Nak tau harga tiket zoo taiping terkini klik sini >> Zoo Taiping

Suka sangat pergi zoo... tapi bila soh bergambar dengan haiwan, nak dekat dengan pagar pun takut, last-last banyak gambar ngan patung je :p

Monday, December 16

Macam Cantik Jer! Macam Comel Jer!

Selamat Malam ...

Macam pelik jer title entri BW hari ni kan... tetiba jer, macam cantik jer, macam comel jer... hehe .. saja la buat posting ni, sebab ituhari tengok WHI TV3, artis jemputan dia bobo, syasya macam cantik jer macam comel jer dengan amar.

Pastu baru la tau ada lagu macam cantik jer, macam comel jer ni. Bila buka youtube tadi baru la BW tau ada 2 versi rupanya lagu macam cantik jer macam comel jer ni. Satu lagu nasyid, amar yang keluar WHI tu nyanyi, satu lagi lagu cinta erry putra yang nyanyi. BW baru tau erry putra pandai nyanyi, asik layan korea jer, tak ambil tau artis tempatan pula :)

Yang amar punya tu bagus untuk nasihat, yang erry putra tu best la untuk didengar. Jom layan!

Friday, December 13

Resepi Lasagna Daging Sedap, Mudah & Simple.

Salam ...

Kali ni baru nak update resepi ni :) Banyak kali dah buat tapi tak update. Resepi Lasagna ni sangat mudah dan bahan-bahan pun simple je.

Kalau teringin nak makan seafood lasagna, boleh pergi Pizza Hut je kan, kalau ngidam chicken lasagna, cari je kat Domino's Pizza. Tapi kalau ngidam beef lasagna, susah kan nak cari, nak kena pergi Delifrance ke, bukan ada kat semua tempat lak tu. So, tayah susah-susah cari, jom buat sendiri ;)

Lasagna yang dah ready untuk masuk oven :)

Thursday, December 12

Addict Dengan Drama Korea

Salam ...

Kali kedua dah ni BW tak update blog selama seminggu. Ni gara-gara addict dengan drama bersiri korea. Last few week asyik tengok "Sungkyunkwan Scandal". Kali ni addict dengan "My Girlfriend is Gumiho"

Teringat dulu-dulu. Time sekolah rendah addict dengan drama china. Bila sekolah menengah addict dengan drama jepun sampai la masuk uni. Bila tahun ke-2, time tu drama korea meletop-letop, tu la start addict dengan drama bersiri dan movie korea. Sampai la ni, dah ada anak pun addict lagi, macamana ni? :p Nasib baik tak minat kpop. Haha.

My Girlfriend is a Gumiho

Thursday, December 5

Penempatan Sementara - Malaysia Perlu Contohi Jepun

Salam ...

Bila tengok berita pasal banjir, rasa kesian kat semua mangsa yang rumah dilanda banjir. Tapi bila BW cakap kat husband, kesiannya, husband BW kata, dia kecik-kecik dulu seronok je bila banjir, dia kata banjir tu dah jadi perkara biasa kat kampung dia.

Tapi kepada yang first time jadi mangsa banjir, mesti rasa terkejut kan. Tak dapat nak bayangkan perasaan mangsa banjir ni, sebab BW tak pernah alami. Hopefully mereka semua ni tabah hadapi dugaan.

Kali ni, jom tengok beza penempatan sementara mangsa bencana alam kat Malaysia dan Jepun. Malaysia memang patut contohi jepun dari segi cara nak organize penempatan sementara ni.

 Penempatan Sementara Di Malaysia.

Wednesday, December 4

Remaja Kini. Toreh Lengan Bila Putus Cinta. Apa Nak Jadilah!

Salam ...

Hari ni BW nak cerita pasal remaja sekarang ni. Bukan semua la remaja macam ni. Segelintir sahaja kot. Tapi rasa geram pula bila tengok gambar-gambar diorang yang banyak tersebar kat facebook ni.


Tuesday, December 3

Men VS Women. Lawak Pula Rasanya

Salam ...

Tadi BW terbaca satu entry "What is the difference between women and men". Tersenyum sorang-sorang. Lawak pula rasanya. Walaupun bukan semua lelaki, dan bukan semua perempuan macam ni, tapi still rasa nak tersenyum juga :)

BW tempek beberapa keping gambar buat tatapan korang pula yer ...


Sunday, December 1

Pengalaman Teruk Hantar Anak Pada Pengasuh

Salam ...

Bila baca pasal penderaan di taska dan pengalaman ibu-ibu lain hantar anak ke taska, BW pun nak share pengalaman sedikit la especially buat ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama :)

Sekadar Hiasan

Ni pengalaman hantar my 1st dotter, namanya Aqila. 1st time Aqila kena tinggal, time dia umur 1 tahun 3 bulan. Sebelum tu BW jaga sendiri (sayang anak punya pasal berhenti kerja lepas bersalin :p)

Thursday, November 28

Gambar Terkini Siti Aisyah. Macam Bukan Hamba Je.

Salam ...

Siti Aisyah? Kalau korang tatau siapa, boleh baca sini yer, Klik Sini. Beberapa hari ni BW asyik tertanya-tanya je kenapa la Siti Aisyah ni boleh jadi hamba selama 30 tahun, walaupun dia seorang yang educated, Klik Sini

Bila tengok berita tadi, alahai! Macam Tipu Je! Macam Bukan Hamba Je! Macam Cantik Je! Macam Tak Kena Dera Je! Macam Ceria Je!

Resepi Mudah Dadih Strawberi Untuk Anak-Anak

Salam ...
resepi mudah dadih strawberi sedap. dadih stoberi. dadih stawberry. dadih coklat. dadih sihat
Jom buat dadih untuk anak-anak. Kita pun boleh makan sekali cuma rasanya kurang berlemak ;p Bila buat sendiri kita boleh kurangkan gula, dan gunakan susu tepung yang diorang minum je, so lebih sihat berbanding guna evaporated creamer tu.
resepi mudah dadih strawberi sedap. dadih stoberi. dadih stawberry. dadih coklat. dadih sihat
Jangan sekat apa yang anak-anak suka, cuma ejas je resepinya supaya jadi lebih sihat dan kurang manis :)
resepi mudah dadih strawberi sedap. dadih stoberi. dadih stawberry. dadih coklat. dadih sihat
Dadih in a cup untuk makan dirumah. Yummy!
resepi mudah dadih strawberi sedap. dadih stoberi. dadih stawberry. dadih coklat. dadih sihat

Tuesday, November 26

Saturday, November 23

Wanita Malaysia Mejadi Hamba Selama 30 Tahun Di London

Salam ...

Sekadar Hiasan

Semalam BW terkejut bila tengok berita tv9, mengatakan bahawa, rakyat malaysia manjadi hamba di london selama 30 tahun. Hairan bin ajaib betul, macamana boleh jadi hamba sampai 30 tahun di zaman moden, ada telefon & internet bagai. Tadi bila baca Berita Harian, ok baru lah rasa tak berapa hairan sangat sebab wanita tu makcik yang dah berumur 69 tahun. Time mula-mula dia kena tahan pun dia dah berumur jugak  la kan almost 40. Maybe sebab tu kot dia tak berani nak buat laporan. Rasanya kalau wanita muda dah lama dah cabut lari :p

Thursday, November 21

Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Buat Kek & Biskut?

Salam Semua ...

Hari ni nak berkongsi information pasal lemak, lemak yang sedap :p Kepada penggemar dessert macam BW ni kena la ambil kira kandungan lemak bahan-bahan yang digunakan untuk baking kan :)

Antara Butter, Minyak Jagung & Marjerin mana yang korang akan pilih?


Tuesday, November 19

Resepi & Cara Buat Kek Tiramisu Cheese Simple, Senang, Sedap

Salam  ...

Jom usha resepi dan cara buat tiramisu step by step. Simple, sebab guna bahan yang mudah didapati. Senang, tak perlu bakar bagai. Sedap sebab guna cheese kan ;) Tapi resepi ni bukanlah resepi original tiramisu italy yer, bahan-bahan dah diolah oleh BW untuk menjadikan simple :) Resepi tiramisu original guna mascarpone cheese dan lady fingers. So resepi BW ni tak ori yer :p

Bahan-bahan simple yang diperlukan. Beli kat hypermarket je

Sunday, November 17

Jom Bakar Satay Di Hujung Minggu!

Selamat Berhujung Minggu :)

Buat sesiapa yang malas nak keluar tu, jom la kita memasak di rumah yer. Kali ni BW bakar satay. Untuk makan sendiri-sendiri jer.

Satay yang dibuat sendiri lebih sihat la kan, kurang minyak, kurang lemak & bebas karbon. Kebersihan pun terjamin :)


Saturday, November 16

Alamak! Sponge/ Lady Fingers Ku Menjadi Lempeng Fingers

Selamat Malam,

Ni kesinambungan entri semalam, 'Mana Nak Cari Lady Fingers Halal?'. Punya la cari Lady Fingers yang halal tapi tak jumpa-jumpa juga. So, BW pun cuba la buat sendiri. Jom kita lihat hasil percubaan pertama ...


Ni sebelum baking. Plastik piping pun tak ada, guna plastik biasa je, so tak berapa cantik la, yang ado je :p

Friday, November 15

Mana Nak Cari Biskut Sponge/ Lady Fingers Yang Halal

Salam ...

Teringin nak makan tiramisu orginal punya. Ahad ni plan nak buat Tiramisu. Kalau boleh nak guna biskut sponge fingers / lady fingers. Selama ni guna sponge cake je, tak ori la rasanya. Lagipun kalau terkana sponge cake yang kurang sedap, Tiramisu kita akan jadi kurang sedap jugak :(

BW ada pergi satu bakeri ni, ternampak la biskut lady fingers ni, product dari Italy. Tapi bila belek-belek tade pulak cop Halal kat packaging dia.


Thursday, November 14

Tuesday, November 5

Resepi Mudah Kek Pandan Coklat Rice Sukatan Cawan

Salam ...
Resepi mudah kek pandan sedap. cake pandan gebu lembut. kek pandan coklat rice
Moh kita baking kek pandan. Resepi kek pandan coklat rice. Resepi ni untuk loyang kecil tau. Mudah je nak buat. Kukus boleh, bakar pun boleh :)
Resepi mudah kek pandan sedap. cake pandan gebu lembut. kek pandan coklat rice
Ni kek pandan versi bakar. Hiasan simple je, tabur coklat rice :)
Resepi mudah kek pandan sedap. cake pandan gebu lembut. kek pandan coklat rice

Monday, November 4

Baby Paling Comel Di Alam Semesta. Comel Ke Tidak?

Salam ...


Comel kan? Comel sangat. Betul tak? Tapi ni bukanlah baby paling comel di alam semesta...

Resepi Mudah Kek Coklat Vanilla / Marble (Sukatan Cawan)

Salam ...
Resepi mudah kek marble. cake kek coklat vanilla. kek marble sedap lembut gebu
Resepi mudah kek coklat vanilla atau kek marble untuk semua. Resepi ni untuk loyang kecil. Boleh dimakan untuk 2-6 (max) orang. Mudah je nak buat :) Bakar boleh, kukus pun boleh.
Resepi mudah kek marble. cake kek coklat vanilla. kek marble sedap lembut gebu
Kek Vanilla Coklat yang digemari :) 
Kalau pandai buat corak marble lagi better. Tapi BW tak pandai :p
Resepi mudah kek marble. cake kek coklat vanilla. kek marble sedap lembut gebu

Saturday, November 2

Tutorial Masukkan Widget Komen Terkini Bergambar di Blog

Salam Semua ...

Kesinambungan dari tutorial Widget Top Komentar, hari ni BW nak buatkan tutorial masukkan widget Komen Terkini pula. Widget ni siap ada gambar si pengomen a.k.a avatar :)

Ni la 'Komen Terkini' tu :)

Resepi Mudah Kek Kurma Sihat Untuk Anak-Anak

Salam ...
Resepi mudah kek kurma bakar gebu lembut sedap. kek kurma. cake kurma kismis. kek kurma
Kurma kan antara makanan sunnah. Kalau boleh nak la bagi anak makan selalu. Kepada anak-anak yang tak suka makan kurma bolehla buat kek kurma yer. Resepi ni untuk loyang kecil tau. Mudah je nak buat. Rasanya sedap kalau bakar :)
Resepi mudah kek kurma bakar gebu lembut sedap. kek kurma. cake kurma kismis. kek kurma
Kek kurma dengan taburan coklat rice :)
Resepi mudah kek kurma bakar gebu lembut sedap. kek kurma. cake kurma kismis. kek kurma

Senarai First 100 Blogger Dan First 10 Blog List

Salam ...

Entri ni khas untuk listkan semua blog blogger-blogger yang pernah komen dalam buatwanita.blogspot.com. Tapi terhad kepada 100 terawal je la :p Kira macam tanda penghargaan la sebab korang semua sudi komen di blog BW ni :)

Ada beberapa individu, bila BW usha Google+ profile, tak ada blog, so BW tak senaraikan koran dalam list ni. Maaf yer kepada yang berkenaan.

Kepada yang nak exchange bloglist, dialu-alukan, Klik Sini. Hanya terhad kepada 30 orang sahaja.


Friday, November 1

Subhanallah! Bayi Lahir Bersama Al-Quran Kecil

Salam ...

Dua hari dah BW tak update. Ni semua gara-gara berjangkit demam dari si baby. Biasala baby bila demam je mesti nak peluk 24 jam. Tu yang jangkit demam kat ibunya tu ;)

Kepala pun still pening... hari ni BW just buat entri C&P :p Entri ni menarik perhatian BW. Betapa besarnya kuasa Allah, bayi dilahirkan bersama senaskah Al-Quran kecil, Subhanallah!


Tuesday, October 29

Terkejut Bila Tengok Video Ni: Think Before You Play Prank

Mai mai mai... jom tengok video ni. Memang terkejut dan rasa sedih ....


Melampau sangat kot buat lawak siap topeng camtu ....... nasib baik lah,

Monday, October 28

Kenapa Perlu Bertukar ke Google Plus Follower? Jom Exchange!

Salam ...

Ni nak cerita pasal Google+. Bila create blog ni BW susah sikit nak decide samada nak guna Google Friend Connect (GFC) atau nak guna Google Plus Follower atau nak guna dua dua sekali.

After cleen up (sangat :) people in her circles hampir sama dengan people have her in circles :)

Setelah buat research, BW decide guna Google Plus Follower sahaja, sebabnya ...

Saturday, October 26

Indoor Playground @ Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya

Sambungan entri semalam :)

Ni nak cerita pasal indoor playground dekat Masjid Tuanku Mizan Putrajaya. Agak banyak juga playground yang ada. Normally kalau kat tadika ke klinik ke ada satu je mainan kan? Kat masjid ni ada 3 playground yang besar, 1 playhouse, 4 trio rocker dan 2 meja kanak-kanak tau. Siap ada pagar warna warni dan carpet foam tu. Baru tahun ni ada playground ni, sebelum ni ada 1slide je. Secara tak langsung, ianya mengajak ramai ibu bapa mengimarahkan masjid. Ye la kan, ianya memudahkan ibubapa nak join aktiviti di masjid. Kalau anak yang dah besar tu tinggal je kat playground ni :)

BW just tempek few gambar yer ...

Friday, October 25

Senarai Indoor Playground @ KL, Selangor Terkini

Salam Jumaat ....


Kali ni nak review pasal indoor playground. Trend ibu zaman moden ni, hantar anak pergi indoor playground, bapanya / maid yang jaga, so si ibu boleh la shopping sepuas-puas nya. Rasanya semua shopping complex dah ada indoor playground. So, kali ni BW nak senaraikan indoor playground yang terdapat di area KL, Selangor ni. Tapi yang ni sesuai untuk kanak-kanak sampai 9 tahun sahaja. Actually management akan state bawah 12 tahun, tapi kalau yang umur 10, 11, 12 ni masuk, confirm diorang akan cakap "tak best pun, budak kecil punya" (macam my nieces :)

Indoor Playground @ Masjid Tuanku Mizan

Wednesday, October 23

Resepi Ais Krim Pop Carrot Oren Yang Sihat

Salam ...

Jom buat ais krim untuk esok . Ais Krim ni sihat tau. Senang pula tu nak buat :) Bahan yang diperlukan pun simple sangat.

Ais krim pop carrot oren yang sihat dan nyum nyum :)

Tuesday, October 22

Mesti Baca! 20 Penyakit Gila Seorang Blogger

Selamat Pagi ...

Tadi terbaca la satu entri ni, terus tergelak sendiri bila baca. So, BW nak review dan nak tambah yer ;)

Monday, October 21

Segmen Jom Komen & Tinggal kan Jejak

Salam ...

Hari ni tetiba teringin buat segmen. Nama segmen ni "Segment Jom Komen & Tinggalkan Jejak" ;)


Segmen ni dibuat bagi memudahkan BW menambah kenalan rakan blogger. Nanti BW boleh la blogwalking dan komen semula dekat blog korang yang dah tinggalkan komen di blog buatwanita.blogspot.com ni :)

Ni kira macam Exchange Comment la :) Selain tu, komen korang semua akan muncul kat sidebar belah kanan. Ni la yang dikatakan tinggalkan jejak.

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

First time join segmen. Hopefully jadi antara 15 blog bertuah tu. Tapi belum menang pun dah masukkan Mialiana.com dalam senarai bloglist :)

Jom Join Segmen BW juga yer! Segmen Jom Komen & Tinggalkan Jejak :)

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Tempat Makan Best : Nasi Arab Best Cyberjaya. Saba VS Sana'a VS Mr Kabab

Selamat Pagi ...  (Malam tadi nyer entri tapi baru publish :)


Dah 12.30am dah pun tapi mata tak boleh nak lelap pulak. So apa lagi... moh kite berbelogging :)

Entry kali ni nak review pasal nasi arab area cyberjaya. So far, area cyber ni BW pernah pergi 3 restoran je Saba , Sana'a dgn Mr Kabab & Briyani. Saba dah pergi 5 kali & Sana'a dah pergi dua kali dah. Mr Kabab baru pergi sekali je.

BTW, BW sebelum ni tak la plan nak jadi blogger food review (blogger la sgt :p) so takde la nak tangkap gambar makanan bagai. Kalau ada pun tangkap gambar family seronok-seronok je time tunggu makanan sampai.Yang ada gambar Mr Kabab & Briyani, yo la baru je pergi kan, tu pun tangkap guna henpon je.


Sunday, October 20

Resepi Asas Kek. Simple & Senang (Sukatan Cawan)

Salam ...

Jom baking dengan cara mudah. Resepi sukatan cawan untuk loyang kecil. Boleh dikukus dan boleh dibakar tau. Kalau kukus jadi moist, kalau bakar jadi kek span padat la :) Sangat la senang nak buat. Kacau-kacau pastu kukus/bakar. Boleh di ubah perisanya mengikut selera. Rasanya pun sedap ;)
Resepi asas kek. Cara buat kek asas.
Resepi asas kek mudah sukatan cawan. Cara buat kek asas sedap senang
Kalau guna tepung ni, tekstur kek jadi lembut dan sedap!

Friday, October 18

Tempat Makan Best : Nasi Arab @ Mr Kabab & Briyani Cyberjaya

Salam Jumaat Semua ...

Mesti seronok sebab besok nak cuti :) Hari ni BW nak review restoran Mr Kabab & Briyani. Restoran nasi arab dan makanan pakistani. Restoran ni cawangan cyberjaya yer, 1 lot kedai je. Yang main nya ada kat Putrajaya, 3 lot kedai tu, area Mydin. Tapi yang dekat Putrajaya tu just tengok je belum cuba pun :p

Restoran Mr Kabab cyberjaya ni sangat la cantik kalau datang waktu malam. Penuh dengan lampu-lampu yang cantik. My dotter cakap "wow! cantiknya. yeay! yeay! nak makan kat sini". Serius memang cantik dan nampak eksklusif bahagian luar and dalam. Bahagian dalam ada air-cond yer sesuai la kalau bawa anak-anak.

 Meja makan pun guna meja kayu ekslusif, bukan kerusi plastik bagai yer :p

Thursday, October 17

Yeay! Yonanas Dah Sampai. Tapi Ciplak Da!

Salam Khamis buat semua ....

Yonanas? Korang pernah dengar tak? Ni semua akibat terpengaruh ngan youtube, meh tengok video bawah ni kalau nak tau ape tu yonanas.


Amacam? Tertarik tak dengan Yonanas ni?? BW yang memang suka dengan segala macam dessert ni tertarik nak beli. So bila nampak iklan dari Mydeal BW pun tersangat la teringin nak beli lagi lagi bila nampak ada diskaun kan.

Sunday, October 13

Resepi Asas Milk Shake Sihat Senang Sedap.

Salam ...

Siapa suka minum milik shake? Jom BW nak bagi resepi Milk Shake yang sangat mudah untuk dibuat. Anak-anak mesti suka. Yang penting, sebab buat sendiri dirumah, terjamin la kebersihannya. Ianya juga sedap dan sihat.
Resepi Asas Milk Shake. Mudah Dan Ringkas. Sihat Lagi Sedap
Jom lihat bahan yang diperlukan dan gambar-gambarnya yer :)
Resepi Asas Milk Shake. Mudah Dan Ringkas. Sihat Lagi Sedap
Milk Shake Sihat Sedap
Banana Milk Shake sedia untuk diminum :)
Resepi Asas Milk Shake. Mudah Dan Ringkas. Sihat Lagi Sedap.

Saturday, October 12

Hershey's Sunday Pie Yang Yummylicious

Selamat pagi dan selamat bercuti ....

Korang pernah dengar tak Hershey's Sunday Pie? Bukan la sejenis pie pun. Bukan juga sejenis sundae. Ianya ialah ais krim kek. Yang sangat best dan sedap. Yummylicious! Kepada sesiapa yang suka makan manis-manis memang tak cukup kalau beli satu je ;)

Hershey's Sunday Pie. Erm Sedapnya :)

Friday, October 11

Gempar! Google.com.my Kena Hack?

Salam ...

Amacam? Gempar tak tajuk entri buatwanita.blogspot.com hari ni? ;p

Nak ceritanya pasal google.com.my kena hack je. Last night, bila buka google ni keluar white screen dengan perkataan "cgi-bin". At that time, BW rasa maybe google.com.my ni tengah buat maintenance takpun tengah upgrade. Tapi pagi ni bila buka google.com.my je,.... taraaaa .....


Thursday, October 10

10 Makanan Best Mesti Beli @ Cameron Highland

Salam Semua ....

Hari ni BW nak review pasal makanan best yang korang mesti cuba kalau pergi Cameron.

1. Strawberi Baru Petik

First sekali mestilah cuba makan buah strawberi yang 'terbaek dari ladang' :) Buah strawberi yang baru petik la. Rasa tak sama yer dengan kita beli kat pasar malam ke kea farm ke. Buah yang baru dipetik rasanya agak manis, 'sedap dimakan begitu saja' ... cam lagu gardenia tu :) Banyak sangat farm yang menawarkan belian strawberi yang dipetik. Harga antara RM30 - RM40 sekilo. BW suggest pergi area Kg Taman Sedia sebab kat sana kita boleh usha dulu kat luar, tengok sama ada dalam farm tu strawberi gemuk, merah ke tidak :)

 Petik strawberi kat Ros Chalet Farm.

Friday, October 4

Mission Accomplish! 500 MY Flag Within a Month!

Hai hai hai...

Title je english yer... posting melayu daa :)

Dah sebulan 4 hari dah blog http://buatwanita.blogspot.com/ ni. BW nyer target within a month dapat 500 unique flag dari Malaysia. Tapi terlupa pulak nak captured screen and buat posting 4 hari lepas.




Wednesday, October 2

Terkejut! Harga Sebenar Gluta Collagen Drink!

Hai Hai Hai [Mood Happy] :)

Korang semua pernah ke minum Collagen Drink? Glutathione Drink? Tak pun Slimming Drink? Yang berbentuk serbuk dalam balang tu la. Pernah tak? Pernah Tak? Berapa harga sebalang serbuk minuman kecantikan yang korang beli tu? RM200? RM150? RM100?

Nak tau tak harga kos 'Beauty Drink' tu? Cer Scroll kat bawah ni ;)


Monday, September 30

Problem Bila Nak Add Gadget Dalam Blogspot

Salam tengahari semua... Sekarang dah masa lunch, Selamat Menjamu Selera Ya!

For the past few days, bila BW nak add gadget dalam blog, tak boleh nak save pun. Bila tekan button save macam static je. BW guna Mozilla Firefox. Ada juga cuba add gadget guna Google Chrome, tapi sama je, bila tekan button save cam jadi static je tak save pun. Bila nak edit text pun sama, static je, tak boleh nak edit apa-apa pun. Aduhai! Ada tak sesiapa yang ada problem macam ni? Any idea macamana nak solve?


Thursday, September 26

9 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Cegah Kanser

Selamat petang semua ...

Hari ni BW nak cerita sikit pasal makanan yang dapat elak kita dari kanser. Tak kisah la kanser apa pun, kanser payudara ke, kanser rahim ke. Actually bukan untuk pesakit kanser je tau, bagus juga untuk diamalkan oleh semua sebagai langkah pencegahan. Mencecagkan lagi baik dari mengubati.




Saturday, September 21

Bobo VS Cikgu Shida. Wakaka! Adik Beradik Ke?

Selamat bersantai untuk semua blogger wanita...

Kali ni BW nak post entry pasal si Bobo & Cikgu Shida... mesti ramai yang kenal diorang ni kan?.. Sebab diorang ni pernah masuk TV9 tau. Cikgu Shida pernah keluar dalam rancangan FBI. Yang si Bobo ni lak baru jek keluar Galaksi Raya ituhari... 

First time BW tengok video Cikgu Shida, (miming lagu Stacy) rasa cam lawak pulak. Sama la ngan si Bobo ni, video fisrt yg BW tengok miming lagu Shae (sayang). Memang rasa lawak sangat diorang ni. Tu bila tengok first time la. Bila dah tengok banyak sangat video miming diorang kat Youtube.. rasa cam dah hilang lak lawak die :)


Friday, September 20

Promosi Weekend High Tea Buffet Hotel Royal KL. Diskaun 50%


Details: During the peak hours of high-tea, while other diners throughout the city are still waiting for their teas to arrive, guests of Hotal Royal KL are mere seconds from their first mouth-watering bite of a meal filled with a variety of specialty tastes and treats.

Dine like royalty and explore the delicacies of the world with a weekend high tea with the following options to choose from:-

Tuesday, September 17

Lawak! Parodi Kak Ton. Pak Ton VS Kak Pon.



Haha! Asyik sebut 'Salam Satu Malaysia' banyak kali. Sama la macam Kak Ton tapi versi lelaki nyer.. Pak Pon :) Banyak kali dah tengok, tapi kali ni baru la teringin nak buat posting pasal video ni. 

Video Parodi Kak Ton bawah ni pun lawak gak.. Kak Pon. Sama gak cam Kak Ton dalam WHI TV3 tu ;) Famous la Kak Ton, tak payah promosi diri, orang lain yang promosikan dia :p

Monday, September 16

Selamat Hari Malaysia 2013


Selamat Malam Semua...

BW nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-50 kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada rakyat Sarawak & Sabah. Hopefully keharmonian Malaysia akan berkekalan forever ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

Kepentingan Bloglist & SEO. Jom Exchange!

Salam ...


Kepada semua blogger ... BW nak ajak korang exchange bloglist. Sama-sama lah kita 'up' kan rank blog kita yer ;)

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu letak bloglist? Apa kaitannya dengan SEO (Search Engine Optimization)? Kan? Kan? :)

Selalunya kita akan masukkan list blog-blog yang kita suka dalam bloglist kita bagi memudahkan kita nak blogwalking next time. Tapi sebenarnya bloglist ni penting juga sebagai salah satu SEO blog kita. Bloglist ni sama la cam backlink.

Monday, September 9

Koleksi Pelbagai Resepi Roti dan Pau

Koleksi Resepi Roti dan Pau. Pelbagai Resepi Roti dan Pau. Roti dan Pau Gebu Lembut Sedap
... Klik Pada Tajuk / Gambar Untuk Melihat Resepi Sepenuhnya! ...
Koleksi Resepi Roti dan Pau. Pelbagai Resepi Roti dan Pau. Roti dan Pau Gebu Lembut Sedap
Koleksi Resepi Roti dan Pau. Pelbagai Resepi Roti dan Pau. Roti dan Pau Gebu Lembut Sedap
Koleksi Resepi Roti dan Pau. Pelbagai Resepi Roti dan Pau. Roti dan Pau Gebu Lembut Sedap

Koleksi Pelbagai Resepi Biskut Raya Best

Koleksi Pelbagai Resepi Biskut Raya Best Sedap Rangup Mudah. Biskut Raya. Resepi Biskut Raya
... Klik Pada Tajuk / Gambar Untuk Melihat Resepi Sepenuhnya! ...
Koleksi Pelbagai Resepi Biskut Raya Best Sedap Rangup Mudah. Biskut Raya. Resepi Biskut Raya
Resepi Biskut Almond London
Koleksi Pelbagai Resepi Biskut Raya Best Sedap Rangup Mudah. Biskut Raya. Resepi Biskut Raya
Resepi Biskut Ais Krim
Koleksi Pelbagai Resepi Biskut Raya Best Sedap Rangup Mudah. Biskut Raya. Resepi Biskut Raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...